WOOI Yik (kiri) dan Aaron memberi amaran bahawa barisan pemain badminton Malaysia akan bangkit pada kejohanan akan datang. FOTO EPA
WOOI Yik (kiri) dan Aaron memberi amaran bahawa barisan pemain badminton Malaysia akan bangkit pada kejohanan akan datang. FOTO EPA
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Empat puluh lima tahun tahun menunggu untuk bergelar juara di Kejohanan Badminton Dunia dengan lapan kali cubaan di peringkat final.

Itu pengorbanan yang dapat dipamerkan barisan pemain negara berusaha untuk mencapai kejayaan di kejohanan tertinggi badminton itu sebelum pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik merealisasikannya pada edisi kali ini di Tokyo.

Bekas pakar beregu negara Tan Boon Heong berkata, Aaron-Wooi Yik boleh dilihat memberi amaran bahawa barisan pemain badminton Malaysia akan bangkit pada kejohanan akan datang.

Beliau yang pernah beraksi di final kejohanan dunia adalah pada edisi 2010 di Paris bersama Koo Kien Keat-Tan Boon Heong berkata, strategi yang dipamerkan Aaron-Wooi Yik kali ini menjadi untuk menewaskan lawannya dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra 21-19,21-14.

"Saya lihat Aaron-Wooi Yik menukar strategi kepada corak bertahan apabila mereka ketinggalan 14-18 namun berjaya bangkit memenangi set pertama 21-19.

"Pada pertemuan set kedua pula dilihat mengekalkan corak permainan konsisten dan lawannya juga sudah penat sekali gus memastikan juara milik mereka.

"Kejayaan ini akan meniup semangat pemain badminton negara lain untuk berjaya di pentas tertinggi dengan sasaran seterusnya adalah meraih emas di Olimpik,"katanya.

Pada aksi final yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo menyaksikan Aaron-Wooi Yik berjaya membuang badi tanpa gelaran namun mereka mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain badminton pertama berjaya bergelar juara di Kejohanan Badminton Dunia.

Kejayaan terbabit berjaya dilakar selepas beregu yang berada di ranking keenam dunia itu mengalahkan pasangan Indonesia 21-19,21-14.

Kemenangan itu sekali gus menamatkan kemarau gelaran juara pemenang gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 terbabit sejak digandingkan pada 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2022 @ 4:00 PM