LAPANGAN terbang Madeira di Portugal.
LAPANGAN terbang Madeira di Portugal.
Agensi

Washington: Lazimnya kedudukan lapangan terbang perlu mengambil kira pelbagai aspek bagi memastikan pendaratan pesawat dapat dilakukan dengan cermat dan selamat.

Ini termasuk kedudukan geografi muka bumi, keadaan cuaca, keluasan kawasan serta faktor lain yang mempengaruhi pendapatan.

Namun di sesetengah tempat di dunia terdapat lapangan terbang paling berisiko dan membimbangkan namun pendaratan masih boleh dilakukan dengan syarat juruterbang perlu mahir dan dilatih khas untuk menyesuaikan pendaratan dengan keadaan setempat.

Berikut senarai CNN yang menghimpunkan lapangan terbang dunia paling sukar dan membimbangkan untuk melakukan pendaratan:

1. Madeira, Portugal

Pulau ini terkenal dengan pendaratan sukar kerana bentuk muka buminya yang bergolak dan tiupan angin dengan landasannya berakhir di tepi tebing.

2. Leh, India

Muncul sebagai lapangan terbang ke-23 tertinggi kerana terletak pada ketinggian 3,260 meter (m) dari paras laut selain dikelilingi pergunungan dengan landasan pendek, ia dilanda angin kencang pada sebelah petang, bermakna penerbangan dihadkan pada waktu pagi sahaja.

3. Sint Maarten

Landasan lapangan terbang ini berundur terus ke pantai, bermakna pesawat masuk mendarat betul-betul di atas. Walaupun ia kelihatan menyeronokkan, namun ia perkara yang berbahaya.

4. Paro, Bhutan

Mempunyai ketinggian 2,244 m dari paras laut ia adalah satu-satunya lapangan terbang antarabangsa di Bhutan.

Hanya beberapa juruterbang dibenarkan untuk mendarat di sana kerana perlu mengendalikan pesawat di antara bukit dan di atas rumah sebelum mendarat ke landasan pendek.

5. London City, United Kingdom

Terbang di atas ibu kota untuk mendarat adalah perasaan yang luar biasa, tetapi 'turun' ke London anda akan meninjau di sekitar bangunan pencakar langit, menyusuri sekitar Canary Wharf dan mendarat pada sudut yang curam sehingga berasa seperti berada dalam helikopter.

6. Lapangan Terbang Kebangsaan Ronald Reagan, Amerika Syarikat

Pesawat perlu membelok tajam berhampiran Sungai Potomac untuk berbaris dengan landasan dan mengelak zon larangan terbang merentasi bandar sekali gus menjadikannya aksi paling sukar dilakukan juruterbang.

7. Innsbruck, Austria

Pesawat perlu terbang di puncak pergunungan hampir 2438.4 m bagi mengendalikan angin yang bertiup dari pergunungan dan mungkin perlu membelok dengan mendadak untuk bergerak ke posisi mendarat di lembah.

8. Congonhas, Brazil

Hanya beberapa batu dari pusat bandar di Sao Paulo landasan tunggal ini yang beroperasi pada tahun 1930-an ini dikelilingi kawasan bandar yang membuatkan pesawat terbang di atas blok pangsapuri dan bumbung kediaman.

9. Lukla, Nepal

Pergunungan, halaju tiupan angin dan landasan pendek menjadikan lapangan terbang ini digelar paling berbahaya di dunia.

Ia kerana lapangan yang menjadi 'pintu masuk' ke Gunung Everest, di pergunungan Nepal mempunyai landasan di tebing antara gunung hanya 526.9 m.

Keadaan ini memerlukan pesawat dicondongkan ke atas untuk membantu pesawat terbang perlahan.

10. St Helena

Pernah digelar lapangan terbang paling tidak berguna kerana kincir angin yang dipasang di landasan tebing pada mulanya menyebabkan ia berbahaya untuk mendarat.

Pada asalnya dirancang untuk pesawat kecil, landasan ini dinaik taraf untuk menampung pendaratan Boeing 757.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mei 2022 @ 9:30 AM