Agensi

KECEKAPAN juruterbang membolehkan pesawat Dash 8 Q400 membawa antara 70 hingga 78 penumpang yang melayang-layang dibadai taufan berjaya mendarat dengan selamat di Amsterdam walaupun dalam keadaan miring.

Pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah Jerman, Eurowings, itu dibadai taufan selaju 112 kilometer sejam ketika menghampiri Lapangan Terbang Schipol, Belanda, semalam.

Namun, menurut Daily Mail, juruterbang berjaya mendaratkan pesawat itu menggunakan teknik ‘pendaratan merintang angin’.

Pendaratan itu pasti menakutkan bagi penumpang namun juruterbang sebenarnya menerima latihan untuk melakukannya.

Pesawat berkenaan berlepas dari pulau Jerman, Sylt.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 January 2018 @ 9:38 PM
Pesawat Dash 8 Q400 membawa kira-kira 78 penumpang mendarat dalam keadaan miring akibat dipukul taufan di Amsterdam, semalam. - Foto You Tube
Pesawat Dash 8 Q400 membawa kira-kira 78 penumpang mendarat dalam keadaan miring akibat dipukul taufan di Amsterdam, semalam. - Foto You Tube