Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Kes positif Covid-19 terus meningkat apabila merekodkan 20,889 kes hari ini berbanding 20,596 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan 1,224,595 kes.

Beliau berkata, Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 8,792 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,483 kes.

"Selain itu, Johor merekodkan (1,275 kes), Sabah (1,291), Sarawak (652), Negeri Sembilan (986) dan Kedah (1,371).

"Pulau Pinang pula merekodkan (776), Kelantan (938), Perak (624), Melaka (491), Pahang (610),Terengganu (460), Labuan (9), Putrajaya (122) dan Perlis (9)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Ogos 2021 @ 3:43 PM