Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 hari ini menurun apabila merekodkan 18,815 kes berbanding 19,495 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kes kumulatif keseluruhan 2,049,750 kes.

Menurutnya, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,660 kes diikuti Selangor 2,718 kes, Johor (2,206 kes) Sabah (1,982 kes) dan Pulau Pinang (1,777 kes).

"Perak pula merekodkan 1,446 kes, Kedah (1,233 kes), Kelantan (1,222 kes), Terengganu (814 kes) dan Pahang (712 kes).

GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP

"Manakala Kuala Lumpur merekodkan 493 kes, Melaka (269 kes), Negeri Sembilan (170 kes), Perlis (80 kes) dan Putrajaya (22 kes)," katanya dalam hantaran di Twitter, hari ini.

"Labuan merekodkan 11 kes hari ini berbanding sifar kes semalam," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 September 2021 @ 4:56 PM