Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Malaysia merekodkan 17,150 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu meningkat kepada 1,130,422 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan di Facebook berkata, lima negeri masih mencatatkan pertambahan kes empat angka seperti semalam.

Katanya, negeri berkenaan ialah Selangor dengan 6,326 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,086 kes); Kedah (1,511 kes); Johor (1,045 kes) dan Sabah (1,002).

Selain itu, katanya, beberapa negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini iaitu Pulau Pinang dengan 752 kes; Pahang (676 kes); Sarawak (578 kes) dan Perlis (21 kes).

Dalam pada itu, beliau berkata, tujuh negeri merekodkan penurunan kes harian berbanding semalam iaitu Negeri Sembilan dengan 809 kes; Perak (693 kes); Melaka (686 kes); Kelantan (459 kes); Terengganu (429 kes), Putrajaya (72 kes) dan Labuan (lima kes).

GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Ogos 2021 @ 3:30 PM