Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 di negara ini kembali meningkat dengan 20,396 kes dilaporkan, hari ini berbanding 19,057 kes, semalam.

Selangor masih kekal menjadi negeri yang mencatat kes harian paling tinggi iaitu 3,886 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara setakat ini adalah 1,844,835 kes.

"Sarawak kekal negeri kedua tertinggi merekodkan 3,747 kes diikuti Johor (2,165); Sabah (2,136); Pulau Pinang (1,961) dan Kedah (1,587).

"Selain itu, Kelantan juga mencatatkan kes baharu empat angka iaitu 1,078 kes diikuti Perak (1,057); Terengganu (861); Kuala Lumpur (597); Pahang (486); Melaka (459) dan Negeri Sembilan 269 kes," katanya hari ini.

Menurutnya, Perlis dan Putrajaya mencatatkan kes dua angka iaitu masing-masing 78 dan 25 kes manakala Labuan merekodkan empat kes.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 September 2021 @ 5:39 PM