GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Sebanyak 1,529 kes Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, kurang daripada 2,000 kes buat tiga hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 726 kes baharu, diikuti Sarawak (252 kes), Johor (120 kes) dan Negeri Sembilan (89 kes).

"Hanya Labuan tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan negeri lain yang mencatatkan pertambahan kes ialah Pulau Pinang dengan 76 kes baharu dan masing-masing 71 kes di Sabah dan Kuala Lumpur.

Kedah merekod sembilan kes baharu, Melaka (4), Kelantan (28), Pahang (3), Terengganu (13), Wilayah Persekutuan Putrajaya (1) dan Perlis sebanyak 17 kes.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mac 2021 @ 4:51 PM