Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 kembali mencatatkan peningkatan dengan 11,332 kes dicatatkan hari ini berbanding 10,959 kes direkodkan semalam.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes dilaporkan di Malaysia berjumlah 2,220 526 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak mencatatkan kes tertinggi dengan 2,358 kes diikuti Johor (1,319 kes), Selangor (1,231 kes), Kelantan (1,088 kes) dan Sabah sebanyak 965 kes.

"Pulau Pinang merekodkan 895 kes, Kedah (819 kes), Perak (678 kes), Pahang (677 kes), Terengganu (629 kes) dan Kuala Lumpur mencatatkan 240 kes,"katanya menerusi hantaran di Twitter tadi.

Beliau berkata, Melaka mencatatkan 303 kes, Negeri Sembilan (89 kes), Putrajaya dan Perlis (19 kes) manakala Labuan merekodkan tiga kes.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 September 2021 @ 3:01 PM