GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nor Fazlina Abdul Rahim


KANAK-KANAK lelaki berusia dua tahun maut selepas digilis lori dipandu bapa saudaranya ketika mengundur di Kampung Aur Cina, Kubang Gadong, Pasir Mas, hari ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Aqil Darwisy Muhammad Imran meninggal dunia di Hospital Pasir Mas (HPM) akibat parah di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, ketika kejadian, bapa saudara mangsa mengundurkan lori diparkir di sebelah rumahnya.

Katanya, semasa lori berkenaan bergerak, tayar belakang sebelah kiri lori berkenaan tersangkut sebelum mendapati anak saudaranya berada di bahagian tayar berkenaan.

"Bapa saudara mangsa kemudian membawa mangsa ke HPM untuk mendapatkan rawatan.

"Mangsa parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan HPM," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa dan bapa saudaranya tinggal serumah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2020 @ 9:28 PM