MUHAMMAD Suhaimi ketika ditemui di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
MUHAMMAD Suhaimi ketika ditemui di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Yusmizal Dolah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi


"SAYA hanya menjalankan tugas yang diamanahkan kepada saya selaku Setiausaha Kerja.

"Walau apapun yang Tun (Dr Mahathir Mohamad) katakan, saya tetap hormat dia sebagai orang tua dan tak terasa hati," kata Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya.

Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, sebagai kakitangan parti yang dilantik presiden, dia hanya menjalankan tugas seperti diarahkan dan tidak memandai-mandai dalam soal keahlian lima Ahli Parlimen daripada parti itu.

"Tadi pun sebelum sidang media, Tun panggil saya di pejabat. Saya tidak pergi jumpa dia kerana saya tahu dia bukan lagi pengerusi saya.

"Lebih baik saya hanya buat kerja. Saya akui saya yang keluarkan surat, tetapi ia selepas diarahkan, bukanlah keputusan saya, pengurusan parti sudah mengarahkan, saya hanya buat kerja," katanya kepada Harian Metro.

Isu mengenai jawatan berkenaan dibangkitkan dalam sidang media khas Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini yang kemudian mempertahankan Muhammad Suhaimi yang masih sah sebagai Setiausaha Kerja.

Sementara itu, Hamzah turut mengesahkan bahawa Setiausaha Agung sebelum ini Datuk Marzuki Yahya juga tidak layak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan selepas pelantikannya pada 26 Mac lalu.

"Dengan pelantikan ini, semua arahan atau kenyataan yang dikeluarkan Marzuki yang mendakwa dirinya sebagai Setiausaha Agung Bersatu adalah tidak sah serta satu salah guna kedudukan," katanya.

Berita berkaitan

Tun M nak pecat Muhyiddin

'Dia tak ada hak pecat saya' - Tun M

Nak pecat, saya tunggu di pejabat - Tun M

Pemecatan Dr Maszlee tak ikut perlembagaan parti

Muhammad Suhaimi pula dipecat

Saya berserah - Syed Saddiq

'Dangkal, tidak munasabah'

'Digugurkan keahlian, bukan dipecat'

Tun M dipecat dari Bersatu

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2020 @ 6:42 PM