TUN Dr Mahathir Mohamad.
TUN Dr Mahathir Mohamad.
Yusmizal Dolah Aling


"SAYA sekarang di Ibu Pejabat Bersatu, kata nak pecat, saya tunggu di pejabat."

Itu ciapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Twitternya dipercayai berkaitan isu pemecatan sebagai ahli Bersatu, semalam.

Selain Dr Mahathir, beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat tiba di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, jam 3.30 petang tadi.

Dr Mahathir dipercayai datang ke Ibu Pejabat Bersatu untuk berdepan dengan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dijadual mengadakan sidang media di lokasi sama jam 4 petang.

Sementara itu Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ditemui di perkarangan bangunan Yayasan Selangor enggan mengulas lanjut.

PELBAGAI ikatan digunakan untuk hasilkan gelang paracord. FOTO HAZREEN MOHAMAD
PELBAGAI ikatan digunakan untuk hasilkan gelang paracord. FOTO HAZREEN MOHAMAD

Petugas media masih menunggu perkembangan terkini berhubung sidang media berkenaan selain berusaha mendapatkan Dr Mahathir.

Berita berkaitan

Pemecatan Dr Maszlee tak ikut perlembagaan parti

Muhammad Suhaimi pula dipecat

Saya berserah - Syed Saddiq

'Dangkal, tidak munasabah'

'Digugurkan keahlian, bukan dipecat'

Tun M dipecat dari Bersatu

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2020 @ 4:06 PM