HAMZAH bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya. FOTO Asyraf Hamzah
HAMZAH bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya. FOTO Asyraf Hamzah
Yusmizal Dolah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi


"BAGAIMANA mereka hendak bertanding kalau mereka bukan ahli," kata Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Katanya, hanya ahli saja yang dibenarkan bertanding dalam pemilihan parti dan itu diamalkan mana-mana parti.

Ditanya mengenai bagaimana jika Dr Mahathir dan yang lain-lain hadir ke ibu pejabat seperti mana dilakukannya hari ini beliau berkata, sesiapa juga dialu-alukan datang ke situ tanpa sebarang sekatan.

Katanya, jika mereka datang dan ingin masuk ke pejabat, mereka perlu meminta kebenaran terlebih dulu.

"Sesiapa saja boleh datang, silakan. Kita alu-alukan, tapi jika Dr Mahathir nak masuk ke pejabat pengerusi dan tempat itu sudah diisi, bagaimana," katanya.

Berita berkaitan

'Saya hanya jalankan tugas, bukan memandai-mandai' - Muhammad Suhaimi

Tun M nak pecat Muhyiddin

'Dia tak ada hak pecat saya' - Tun M

Nak pecat, saya tunggu di pejabat - Tun M

Pemecatan Dr Maszlee tak ikut perlembagaan parti

Muhammad Suhaimi pula dipecat

Saya berserah - Syed Saddiq

'Dangkal, tidak munasabah'

'Digugurkan keahlian, bukan dipecat'

Tun M dipecat dari Bersatu

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2020 @ 7:01 PM