Video pendek Hafizh mendapatkan pemeriksaan di sebuah klinik gigi yang dimuat naik di akaun IG miliknya. Foto Ihsan Hafizh Syahrin Abdullah
Video pendek Hafizh mendapatkan pemeriksaan di sebuah klinik gigi yang dimuat naik di akaun IG miliknya. Foto Ihsan Hafizh Syahrin Abdullah
Saiful Affendy Sapran

SEKADAR memberi semangat kepada mereka yang trauma atau takut untuk berjumpa doktor gigi.

Demikian penjelasan bekas pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengenai video pendek yang dimuat naik di Instagram (IG) miliknya sekali gus berjaya menarik minat warganet.

Menerusi video itu, Hafizh dilihat memakai topi keledar yang digunakan ketika berlumba memasuki sebuah klinik swasta sebelum bertemu dengan doktor gigi.

"Saya hanya mahu berikan suasana lebih santai kepada peminat atau orang yang tak suka hendak pergi ke klinik gigi.

"Ia adalah kali pertama saya pergi ke klinik gigi itu. Sebelum ini, saya pun ada perasaan takut hendak buat pemeriksaan gigi kerana bimbang terasa sakit.

"Tapi bila kakitangan klinik ini menerangkan segala-galannya, saya amat berpuas hati. Harga yang dikenakan juga berpatutan dan doktor yang merawat saya juga masih muda," katanya.

Jelas Hafizh, dia mahu mencontohi sikap seorang doktor dari luar negara yang sering memuat naik video berunsur santai bagi menarik minat orang ramai hadir ke kliniknya

"Saya tak ingat nama doktor itu tetapi pendekatannya sangat baik dan menarik minat orang hendak membuat pemeriksaan gigi," katanya.

Ditanya mengapa meletakkan perkataan 'tiap hari sayang' untuk keterangan video itu, Hafizh berkata: "Ia membawa mesej tiap hari perlu sayang gigi".

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Februari 2020 @ 9:00 PM