KEADAAN helikopter yang terhempas di kawasan hutan Marudi.
KEADAAN helikopter yang terhempas di kawasan hutan Marudi.
Erika George

DUA juruterbang terselamat selepas helikopter jenis Bell206 terhempas di kawasan hutan Marudi petang tadi.

Dalam kejadian 5.57 petang itu, helikopter dengan pendaftaran 9MAZK berkenaan dalam perjalanan dari Marudi ke pangkalannya di sempadan Brunei.

Menurut sumber, ketika kejadian, kedua-dua juruterbang terbabit iaitu Kapten Mohd Dom Wahad dan Kapten Muhd Amirul Asraf baru saja menurunkan tiga penumpang iaitu kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM).

Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Jo Hang turut mengesahkan kejadian ketika dihubungi NSTP sebentar tadi.

MANGSA berada dalam keadaan selamat.
MANGSA berada dalam keadaan selamat.

Menurutnya, kedua-duanya mangsa kini berada dalam keadaan selamat dan akan dibawa keluar dari lokasi nahas dengan menggunakan laluan darat menuju ke Base Camp JUPEM.

Beliau berkata, helikopter itu sepatutnya dijadualkan mendarat di pangkalan selepas satu jam 40 minit penerbangan dari Marudi.

"Kedua-dua mangsa dijangka akan dibawa keluar dari Base Camp JUPEM awal pagi esok (hari ini) dengan menggunakan Sabah Air," tambahnya.

Sehubungan itu, Jabatan Penerbangan Awam dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung insiden terbabit hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Februari 2020 @ 1:35 AM