GAJAH Pygmy Borneo ditemui mati di kawasan ladang di Beluran. FOTO Ihsan JHLS.
GAJAH Pygmy Borneo ditemui mati di kawasan ladang di Beluran. FOTO Ihsan JHLS.
Poliana Ronnie Sidom


SEEKOR lagi gajah Pygmy Borneo ditemui mati dalam ladang di Beluran dengan kesan tembakan serta gading hilang.

Gajah dewasa itu yang dipercayai mati tiga hari lalu, ditemui pekerja ladang semalam.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS), Augustine Tuuga ketika dihubungi berkata, pasukan veterinar dan renjer ke lokasi sebaik mendapat maklumat dan masih menjalankan siasatan.

“Siasatan masih dibuat dan kita belum ada butiran lengkap mengenai kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal, gajah malang itu ditembak dengan beberapa kesan kecederaan dan gadingnya hilang,” katanya.

Pada 25 September lalu, bangkai seekor gajah Pygmy Borneo ditemui di Sungai Udin, Dumpas di Tawau dengan 70 kesan tembakan.

Susulan itu, enam suspek ditahan dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan haiwan itu.

Berita berkaitan

Pegawai FELDA, peneroka disiasat kes tembak gajah

Reman pembunuh gajah Pygmy dilanjutkan

Empat ditahan susulan kematian gajah

Ganjaran RM30,000 heret pembunuh gajah pgymy

Mati terseksa, 70 peluru dalam badan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Oktober 2019 @ 8:08 PM