Omar bersama konstabel wanita pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Wanita di Rawang hari ini. FOTO Eizairi Shamsudin
Omar bersama konstabel wanita pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Wanita di Rawang hari ini. FOTO Eizairi Shamsudin
Nurul Hidayah Bahaudin

PENDUDUK yang tinggal berhampiran lokasi bangkai seekor gajah Pygmy Borneo ditemui mati dibunuh di sebuah ladang sawit Beluran, Sabah, Sabtu lalu, dipercayai ada maklumat berhubung kejadian itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, ketika ini, pihaknya sedang mengenal pasti pemburu haram yang membunuh spesis haiwan dilindungi itu kerana gadingnya.

“Kami yakin penduduk di kawasan itu ada maklumat mengenai pelaku kejadian berkenaan.

“Siasatan lanjut bagi mengenal pasti dalang dalam kes itu giat dijalankan,” katanya ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Wanita Bilangan 20 Siri 4/2019 di Rawang hari ini.

Beliau memohon kerjasama masyarakat setempat untuk menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya pemburu haram yang membunuh gajah berkenaan.

Sabtu lalu, gajah Pygmy Borneo dewasa itu ditemui mati dalam ladang sawit di Ladang Bimbingan 2, Blok 97S, Beluran dengan lima kesan luka serta dua gadingnya hilang.

Gajah itu dipercayai sudah tiga hari mati sebelum bangkai haiwan itu ditemui pekerja ladang sawit berkenaan.

Kelmarin Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew memaklumkan gading yang disyaki milik bangkai gajah Pygmy Borneo itu ditemui berdekatan lokasi kejadian.

Ia ditemui pekerja ladang dalam kawasan semak di ladang sawit terbabit pada 1 tengah hari.

Itu kejadian kedua dalam tempoh sebulan selepas seekor gajah Pygmy Borneo ditemui mati dengan 70 kesan tembakan dan gadingnya juga dipotong di Sungai Udin, Dumpas, Tawau, Sabah, bulan lalu.

Berita berkaitan:

  • Dah jumpa gading gajah Pygmy Borneo
  • Pemburu haram belum dikenal pasti [METROTV]
  • Kes tembak gajah: Pengawal keselamatan ditahan
  • Lagi gajah Pygmy Borneo mati ditembak
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Oktober 2019 @ 11:47 PM