Raja Noraina Raja Rahim


KELUARGA kepada Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang di sebuah resort di Pantai di Seremban, menawarkan ganjaran RM50,000 kepada individu yang berjaya menemukan semula remaja itu.

Ibu mangsa, Maebh Jaseprine Quoirin berkata, tawaran itu sebagai usaha pihaknya dalam membantu polis mengesan Nora Anne yang hilang sejak 4 Ogos lalu.

“Nora adalah anak sulung kami. Kami terlalu sayangkan dia dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Nora untuk tampil membantu mencari dia.

“Polis sudah berusaha gigih untuk mengesan Nora. Bagi membantu siasatan mereka, kami membuat keputusan menawarkan ganjaran RM50,000 yang disumbangkan oleh sebuah syarikat berpangkalan di Belfast (Ireland) yang enggan dedahkan namanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Balai Polis Pantai dan hanya boleh dihadiri agensi media tertentu.

Ia adalah kali pertama ahli keluarga mengadakan sidang media sejak kehilangan Nora Anne.

Maebh Jaseprine merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan Nora Anne supaya menghubungi hotline khas operasi SAR di talian 0111-2285058 atau menerusi emel [email protected] bagi mereka di luar Malaysia.

  • Lagi berita berkaitan Nora Anne Quoirin
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Ogos 2019 @ 7:14 PM