PENAMPILAN terkini Song Hye Kyo mendapat pujian.
PENAMPILAN terkini Song Hye Kyo mendapat pujian.
Norhayati Nordin


SELEPAS popular dengan drama Descendants of the Sun pada 2016, aura lakonan aktres Song Hye Kyo tidak pernah pudar.

Biarpun sudah bergelar isteri dan ibu, Song Hye Kyo, 37, masih mampu mempersembahkan lakonan hebat serta mengagumkan.

Lakonan isteri aktor Song Joong Ki itu di dalam drama Encounter bersama Park Bo Gum berjaya menarik perhatian penonton.

Bukan hanya lakonannya tetapi gaya rambut Song Hye Kyo juga menjadi tarikan ramai terutama pengikut di laman sosialnya.

Penampilan Song Hye Kyo dengan rambut barunya mendapat pujian, malah ia menyerlahkan keayuan wajahnya.

Menurut sumber rapat aktres itu, imej rambut pendek digayakan sebelum ini khusus untuk tuntutan karakter Cha Soo Hyun dalam Encounter.

“Tampil sebagai wanita korporat berjaya dalam Encounter, Song Hye Kyo selesa dengan gaya rambut itu.

GANDINGAN bersama Park Bo Gum dalam drama Encounter.
GANDINGAN bersama Park Bo Gum dalam drama Encounter.

“Jadi, apabila drama Encounter tamat tayangannya di TV, wajar untuk Song Hye Kyo muncul dengan imej baru.

“Bagaimanapun, tak sangka impak besar lakonannya dalam Encounter membuatkan penampilan Song Hye Kyo kini jadi perhatian.

“Agak lucu juga memikirkan betapa penonton terkesan dengan lakonan Song Hye Kyo terutama gaya penampilannya yang mempesona,” katanya.

Selain cemerlang dalam karier lakonannya, pelakon yang pernah melakar nama menerusi drama Autumn in My Heart sekitar 2000 ini juga dilabel sebagai selebriti berpengaruh Korea.

Pada 2017, Song Hye Kyo berjaya memahat namanya menduduki tempat ketujuh dalam senarai Selebriti Paling Berpengaruh oleh majalah Forbes.

Malah, tahun lalu dia berjaya memperbaiki kedudukan apabila disenaraikan di tempat keenam bagi kategori sama.

Tidak terkecuali, kejayaan diraih Song Hye Kyo dalam setiap siri drama lakonannya melayakkan wanita jelita itu mendapat gelaran bintang Hallyu.Hingga kini, Song Hye Kyo berjaya mengumpul sembilan juga pengikut di Instagramnya (IG).

GAYA rambut Song Hye Kyo juga menjadi tarikan ramai.
GAYA rambut Song Hye Kyo juga menjadi tarikan ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Februari 2019 @ 6:01 AM