SONG Hye Kyo.
SONG Hye Kyo.
Georgie Joseph

[email protected].

Aktres ini terkenal antara pelakon paling cantik di Korea Selatan.

Bagaimanapun, peminat masih beranggapan Song Hye Kyo banyak kekuatan tersendiri pada wajahnya.

Baru-baru ini, Instiz mendedahkan aktres berkenaan juga memiliki hidung paling sempurna di antara semua selebriti. Ia dinilai berdasarkan strukturnya yang semula jadi dan tidak kelihatan dibedah.

Tidak hairanlah, selain bakat lakonannya yang mengagumkan, Song Hye Kyo turut menjadi pilihan produser untuk memegang watak utama dalam projek hebat. Ia termasuk siri Full House, That Winter, The Wind Blows, dan terbaru Descendats of the Sun.

Selain itu, pelbagai jenama berlumba-lumba mahu menjadikannya duta produk mereka.

Bahkan, ramai pakar pembedahan plastik turut mengakui hal berkenaan. Mereka sebulat suara menyebut Song Hye Kyo sebagai wanita berhidung paling cantik selain selebriti seperti Lee Hyori, Han Ga In, dan Min Hyo Rin.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2016 @ 10:59 AM