STAN Lee. FOTO AFP
STAN Lee. FOTO AFP
Najiy Jefri

Selamat jalan buat legenda dan pencipta komik Marvel, Stan Lee yang meninggal dunia pada usia 95 tahun di Pusat Perubatan Cedars-Sinai, Los Angeles, Amerika Syarikat, pagi Isnin lalu.

Lee bertanggungjawab menghidupkan watak adiwira yang berjaya mempengaruhi orang ramai menerusi komik sebelum ia difilemkan.

Setiap cerita adiwira ciptaannya memiliki plot cerita mendalam, unik dan penuh dengan falsafah.

Bling! minggu ini menyenaraikan antara watak adiwira paling popular ciptaan Lee.

Fantastic Four

• Ia adalah adiwira ciptaan Lee yang pertama. Ia muncul buat pertama kali pada 1961 dan dihasilkan bersama pelukis Jack Kirby.

• Fantastic Four yang dianggotai empat saintis berlainan watak diadaptasi ke layar perak sebanyak dua kali pada 2005 dan 2015.

• Filem pertamanya dibintangi Ioan Gruffudd, Jessica Alba, Chris Evans dan Michael Chiklis.

• Pada 2015 ia dihasilkan semula dengan menampilkan lakonan Miles Teller, Michael B Jordan, Kate Mara dan Jamie Bell.

FANTASTIC Four
FANTASTIC Four

Hulk

• Watak kedua dicipta Lee ini mengenai saintis Dr Bruce Banner terperangkap dalam letupan radiasi gamma sehingga berubah menjadi gergasi hijau setiap kali marah.

• Mula tampil sebagai siri TV pada 1978 lakonan Bill Bixby dan Lou Ferrigno.

• Tiga pelakon tampil sebagai Hulk dan Dr Bruce Banner dalam filem iaitu Eric Bana (Hulk - 2003), Edward Norton (The Incredible Hulk - 2008) dan Mark Ruffalo (dalam siri The Avengers).

HULK
HULK

Spider-Man

• Adiwira paling popular dalam kalangan kanak-kanak.

• Pertama kali muncul dalam komik antologi Amazing Fantasy isu 15 pada Ogos 1962.

• Danny Seagren menjadi pelakon pertama melakonkan watak Spider-Man untuk siri TV pada 1974 hingga 1977.

• Tiga pelakon membawa watak Peter Parker dan Spider-Man iaitu Tobey Maguire (Spider-Man, Spider-Man 2, Spider-Man 3), Andrew Garfield (The Amazing Spider-Man, The Amazing Spider-Man 2) dan Tom Holland (Spider-Man : Homecoming, Captain America: Civil War, Avengers: Infinity War).

• Holland juga bakal muncul dengan filem terbaru Spider-Man : Far From Home tahun depan.

SPIDER-Man
SPIDER-Man

Iron Man

• Pertama kali muncul dalam komik Tales of Suspense isu 39 pada Mac 1963. Komik pertama Iron Man isu 1 ialah pada Mei 1968.

• Dalam filem, watak Iron Man dan Tony Stark dibawa oleh Robert Downey Jr.

• Setakat ini, Iron Man muncul dalam lapan filem iaitu Iron Man (2008), Iron Man 2 (2010), Iron Man 3 (2013), The Avengers (2012), Avengers: Age of Ultron (2015), Captain America: Civil War (2016), Spider-Man: Homecoming (2017) dan Avengers: Infinity War (2018).

• Filem terbaru Iron Man Marvel Cinematic Universe dijangka ditayangkan tahun depan.

IRON Man
IRON Man

Thor

• Membuat kemunculan pertama dalam komik Journey Into Mystery isu 83 pada Ogos 1962.

• Chris Hemsworth adalah pelakon paling sinonim dengan Thor.

• Muncul dalam tujuh filem iaitu Thor (2011), The Avengers (2012), Thor: The Dark World (2013), Avengers: Age Of Ultron (2015), Doctor Strange (2016), Thor: Ragnarok (2017) dan Avengers: Infinity War (2018).

• Thor juga bakal muncul dalam siri terbaru Avengers tahun depan.

THOR
THOR

Black Panther

• Muncul kali pertama dalam komik Fantastic Four isu 52 pada Julai 1966.

• Watak adiwira kulit hitam pertama.

• Chadwick Boseman membawa watak Black Panther atau T’Challa dalam tiga filem iaitu Captain America : Civil War (2016), Black Panther (2018) dan Avengers: Infinity War (2018).

• Pada 2011, Black Panther disenaraikan di tangga ke 51 dalam Top 100 Comic Books Heroes.

BLACK Panther
BLACK Panther

Wolverine

• Pertama kali muncul dalam komik The Incredible Hulk isu 181 pada November 1974.

• Dalam filem, Hugh Jackman adalah individu paling sesuai membawakan watak Wolverine atau Logan.

• Lebih sinonim dengan siri filem X-Men iaitu X-Men (2000), X2 (2003), X-Men : The Last Stand (2006), X-Men Origins: Wolverine (2009), X-Men: First Class (2011), The Wolverine (2013), X-Men: Day of Future Past (2014), X-Men: Apocalypse (2016), Logan (2017) dan Deadpool 2 (2018).

WOLVERINE
WOLVERINE

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 November 2018 @ 5:31 AM