ROBERT DOWNEY JR
ROBERT DOWNEY JR
AgensiĀ 

AKTOR Robert Downey Jr, 55, mengaku dia sudah jenuh dan tidak mahu terbabit dalam sinematik galaksi Marvel lagi.

Dia yang popular menjayakan watak Tony Stark berkata hatinya sudah reda untuk berundur terus daripada produksi jenama adiwira fenomena itu.

"Cukup-cukuplah. Apa yang saya tahu, saya sudah 'gantung senjata' dan melepaskan semuanya pergi," katanya dalam sebuah wawancara baru-baru ini.

Filem pertama Iron Man lakonannya adalah pada tahun 2008. Kemudian diteruskan menerusi sekuel Iron Man 2 pada 2010.

Selepas itu, Robert terus menjadi tunjang penting dalam Iron Man 3 pada 2013, Avengers: Age Of Ultron (2015), Captain America: Civil War (2016), Spider-Man: Homecoming (2017), Avengers: Infinity War (2018), dan Avengers: Endgame (2019).

Bagaimanapun, karakternya itu dimatikan dalam Endgame dan pembabitannya dalam Spider-Man: Far From Home mendapat pujian hebat.

Robert pernah menjadi watak sampingan dalam Incredible Hulk (2008). Dia juga dijangka untuk muncul dalam filem Black Widow akan datang dalam babak imbas semula.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2020 @ 11:12 AM