Zizie bersama dua anak kembarnya. FOTO IG Zizie Ezette
Zizie bersama dua anak kembarnya. FOTO IG Zizie Ezette
Georgie Joseph


PELAKON Zizie Ezette mengakui bimbang dan takut untuk bersalin lagi disebabkan sebelum ini terpaksa menjalani pembedahan C section sewaktu melahirkan anak kembarnya pada Disember tahun lalu.

Zizie, 39, berkata dia tidak sangka akan hamil lagi selepas beberapa bulan menyambut kelahiran cahaya matar hasil perkongsian hidup dengan suaminya juga ahli politik, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Pelakon itu kini hamil tiga bulan.

“Saya memang sentiasa mahukan anak lagi. Namun, saya tidak sangka pula akan hamil secepat ini selepas lebih lima bulan menjalani pembedahan C section.

“Bimbang, takut semua memang ada. Yalah perut nak kena potong lagi. Tapi pakar sakit puan menyakinkan saya selamat untuk hamil lagi,” katanya.

Zizie turut melahirkan rasa syukurnya apabila ramai mendoakan kesejahteraannya dan proses kehamilannya dipermudahkan.

“Doakan yang terbaik okay. Saya ada membaca komen-komen diberikan di media sosial yang mendoakan saya.

“Semoga doa anda dan saya untuk anda dimakbulkan. Amin. Terima kasih semuanya,” katanya di Instagram.

Terdahulu, Zizie membuat kejutan memuat naik foto keputusan ujian kehamilannya di Instagram.

Zizie berkahwin dengan Bung pada 2009 dan dikurniakan cahaya mata pertama pasangan kembar pada 29 Disember, tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 September 2018 @ 2:42 PM