Georgie Joseph


“I’m strong. Sebagai selebriti pelbagai perkara boleh berlaku. Tapi kena ‘move on’ dan teruskan kerjaya,” demikian kata Ziana Zain ketika baru memulakan persembahan di hotel terkemuka di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketika persembahan awal pagi tadi, penyanyi Madah Helah itu kemudian terdiam seketika membuatkan suasana jadi hening dan penonton jelas mengerti apa yang sedang bermain di fikirannya.

Ziana ternyata tewas akhirnya apabila tiba-tiba menitiskan air mata sambil ditenangkan ramai. Kesedihannya jelas terserlah sewaktu menyanyikan lagu popularnya Puncak Kasih.

Saat itu, dia tidak dapat meneruskan nyanyian dan membiarkan muzik terpasang. Penonton berusaha membantunya menyanyikan lagu berkenaan.

ZIANA ketika persembahan. FOTO Mahzir Mat Iza
ZIANA ketika persembahan. FOTO Mahzir Mat Iza

Terdahulu, Ziana meminta diberikan ruang untuk memberi sebarang kenyataan berhubung tuduhan ke atas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri.

Armin didakwa pada 6 Mac lalu atas tuduhan mencederakan anak lelaki mereka pada 25 Februari lalu.

Ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Armin, 53, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan, Armin yang tidak berkerja, didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan itu dilakukan di rumahnya di Denai Alam pada jam 4 pagi, 25 Februari lalu.

Berikutan itu, Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 326A KK.

Berita berkaitan:

Armin bebas dengan jaminan

Armin boleh dipenjara 20 tahun [METROTV]

Semoga urusan dipermudahkan...

Doa Ernie untuk Mak Long

'Beri saya ruang'

Saya nak ajar dia : Armin [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Mac 2018 @ 10:07 AM