CONTE (kanan) harap pasukan akhiri saingan dalam kelompok empat teratas. FOTO EPA-EFE
CONTE (kanan) harap pasukan akhiri saingan dalam kelompok empat teratas. FOTO EPA-EFE
Reuters

London: Jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris minggu ini memberi peluang kepada Liverpool dan Tottenham Hotspur untuk memberikan tekanan terhadap Chelsea bagi menempatkan diri dalam kedudukan selesa empat pasukan teratas.

Skuad kendalian Antonio Conte dilihat bergelut di tangga kelima dan sebaik sepak mula berdepan pendahulu Manchester City di Stadium Etihad pada awal pagi Isnin, jurang di atas mereka sudah semakin melebar.

Kelab kendalian Juergen Klopp Liverpool akan menentang Newcastle United pada awal pagi Ahad selepas Tottenham yang turut berada dalam prestasi terbaik menanti kunjungan Huddersfield Town di Wembley.

Sekiranyanya kedua-duanya menang Liverpool akan mengutip 60 mata, mendahului seketika Manchester United di tangga kedua dan Tottenham memiliki 58 mata. Chelsea memiliki 53 mata.

United akan menentang Crystal Palace pada awal pagi Selasa dan jika menang, mereka akan mengumpul 62 mata.

Justeru, tekanan pasti memihak Chelsea apabila mereka berdepan City yang beraksi dalam perlawanan kedua dalam tempoh empat hari selepas menentang Arsenal di tangga keenam pada awal pagi ini.

Kemenangan bagi City ke atas Arsenal yang mereka tewaskan pada final Piala Liga minggu lalu akan memulihkan kelebihan mereka 16 mata di puncak dan hampir pasti menjulang kejuaraan dengan baki 10 perlawanan.

Memandangkan Liga Juara-Juara menjadi sasaran utama City musim ini, Pep Guardiola pasti mahu pasukannya berjuang untuk menjulang gelaran domestik secepat mungkin dan membolehkan mereka memberi tumpuan kepada saingan Eropah pada musim bunga.

Dominasi skuad Guardiola musim ini bermakna tumpuan terarah kepada pasukan mana berada dalam kelompok empat teratas pada 13 Mei dan siapa mampu mengelak daripada tersingkir.

“Ia mungkin musim paling sukar dari aspek kualiti, untuk layak ke Liga Juara-Juara menerusi kedudukan di Liga Perdana Inggeris,” kata bekas pemain Chelsea, Pat Nevin menerusi laman web kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Mac 2018 @ 5:30 AM