Hafidzul Hilmi Mohd Noor


PELAJAR tingkatan tiga mendakwa dirogol teman lelaki yang dikenali menerusi aplikasi WeChat di sebuah rumah di Taman Samudera, Wangsa Maju, minggu lalu.

Mangsa sebelum itu mendakwa mengikut teman lelakinya yang berusia 19 tahun ke rumahnya untuk berehat selepas tamat sesi persekolahan.

Menurut sumber polis, selepas tiba di rumah lelaki berkenaan, suspek kemudian mengajak mangsa masuk ke dalam biliknya.

"Suspek menyuruh mangsa membuka baju sekolah yang dipakai sebelum meraba kemaluan mangsa.

"Mangsa yang terkejut dengan perbuatan suspek cuba menolak, namun suspek bertindak ganas ke atas mangsa," katanya.

Katanya, lelaki berkenaan mengarahkan mangsa berbaring sebelum merogolnya.

"Selepas itu, suspek menghantarnya pulang ke rumah. Remaja berkenaan memaklumkan kejadian kepada keluarga sebelum laporan polis dibuat Selasa lalu," katanya.

Sumber berkata, mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan pemeriksaan lanjut.

"Polis kini giat menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Februari 2018 @ 3:36 PM