Agensi

Chandigarh, India: Soal siasat polis terhadap lapan suspek kes rogol amat kejam di Rohtak mendedahkan pelbagai butiran mengerikan, kata polis.

Menurut sumber, mangsa - seorang wanita kurang upaya mental dari Nepal - dirogol selama tiga jam berterusan.

Mangsa, kata sumber itu, kemudian menemui ajal ketika perogolnya memasukkan batang kayu dan kepingan asbestos ke kemaluan mangsa.

“Mangsa juga dirogol walaupun ketika tidak sedarkan diri,” katanya.

Minggu lalu media melaporkan satu lagi kejadian rogol menggemparkan berlaku di Rohtak.

Kes itu terbongkar selepas polis menemui mayat mangsa dalam keadaan mengerikan.

Bedah siasat menunjukkan mangsa yang datang ke rumah kakaknya untuk mendapatkan rawatan di hospital, diculik dan diperkosa.

Doktor menemui pelbagai objek dalam kemaluan mangsa, termasuk batu, kayu dan kondom.

Seramai lapan suspek ditahan, termasuk seorang lelaki Nepal yang tinggal di kawasan kejadian.

Suspek kesembilan melarikan diri ke Delhi sebelum membunuh diri beberapa jam kemudian.

Kata sumber, mangsa tiba di Kampung Khedi Gaddi jam 7 petang pada 1 Februari, lima lelaki sedang meminum arak di sebuah ‘hotel tepi jalan.’

Apabila ternampak mangsa, suspek mengekorinya sebelum menangkap wanita terbabit.

Mangsa dibawa ke sebuah bilik dan merogolnya.

Seorang daripada mereka kemudian menghubungi dua rakannya untuk bersama-sama merogol mangsa.

Pada suatu ketika, suspek menyedari tempat itu terlalu hampir dengan lebuh raya yang sibuk.

Justeru, mereka mengangkat mangsa ke tempat lain yang lebih tersorok sebelum kembali memuaskan nafsu di situ.

Selepas tiga jam, lelaki terbabit terfikir mereka akan berdepan masalah jika mangsa mengadu kepada polis.

Kata sumber, mereka bersetuju membunuh mangsa untuk mengelakkan rahsia itu terbongkar.

“Untuk memastikan mangsa benar-benar mati, mereka menyumbat kemaluan mangsa dengan kepingan asbestos,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Februari 2015 @ 5:10 AM