FAUZI dibantu isterinya menyiapkan golok dan sarung.
FAUZI dibantu isterinya menyiapkan golok dan sarung.
FAUZI dan isterinya menunjukkan golok dan sarung yang dihasilkan.
FAUZI dan isterinya menunjukkan golok dan sarung yang dihasilkan.
HM Digital

Kuantan: Golok atau parang pendek kebiasaannya dianggap sebagai senjata tajam yang digunakan untuk memotong, melapah atau digunakan untuk menyembelih binatang.

Namun hari ini senjata itu sudah diangkat menjadi barangan perhiasan, kraftangan malah cenderamata antik hinggakan harganya mampu mencecah ribuan ringgit bergantung pada seni ukiran bilah dan sarungnya.

Bagi pembuat golok Fauzi Ibrahim, 51, dia mula berjinak dengan seni ukiran dan pembuatan senjata itu sejak 11 tahun lalu malah kini hasil kerjanya turut dibantu isterinya Umi Hamzah, 35.

Menceritakan cabaran dihadapi sejak berkecimpung dalam seni pembuatan golok, dia berkata, tidak ramai generasi hari ini yang meminati bidang itu apatah lagi menjadikan ia sebagai platform menjana pendapatan.

Namun katanya, berbekalkan minat dan keazaman yang tinggi dia mampu meraih RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.

“Kalau tekun (buat golok) tiga boleh siap sehari. Kalau Umi (isteri) satu saja sebab dia baru belajar. Tapi apa pun pembuatan golok ini bergantung kepada rekaan dan seni dimahukan pelanggan

“Paling lama tiga hari untuk sebilah golok yang saya siapkan iaitu ukiran sarung ular ditempah pelanggan,” katanya.

Fauzi yang mempunyai bengkel pembuatan golok di Bukit Rangin di sini, mula mengajar isterinya mengghasilkan golok sejak lima bulan lalu daripada penggunaan mesin hinggalah ukiran sarung golok yang menggunakan kayu berkualiti tinggi.

Katanya, dia menggunakan kayu dari jenis Kemuning, Arang Bunga, Sepetir dan Akasia untuk menghasilkan sarung golok, selain menempa bilah golok itu menggunakan mesin khas.

Beliau yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan berkata, golok dijualnya bermula pada harga RM100 hingga RM500 malah ada yang mampu mencecah ribuan ringgit bergantung kepada kerumitan seni sarung golok itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 January 2018 @ 11:21 AM