Shariffah meninggal dunia petang semalam. FOTO FB Vanidah Imrah
Shariffah meninggal dunia petang semalam. FOTO FB Vanidah Imrah
Najiy Jefri


Ibu kepada pelakon Vanidah Imran , Shariffah Bee Abdul Majid, meninggal dunia kira-kira jam 5.40 petang semalam akibat komplikasi jantung.

Allahyarhamah Shariffah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN).

Berita duka itu dikongsi Vanidah atau lebih mesra dengan panggilan Vee di laman sosial Facebook miliknya, Vee Imran.

Menerusi perkongsian terbabit, Vee memaklumkan jenazah Allahyarham ibunya telah dimandikan di hospital dan dibawa pulang ke kediamannya di Taman Maluri jam 10 malam tadi.

Jenazah disembahyangkan pukul 8 pagi tadi di Masjid As-Shafie, Taman Maluri, Cheras sebelum dikebumikan jam 10.30 pagi di Tanah Perkuburan Taman Melawati, Ulu Klang.

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan Vanidah bagaimanapun gagal apabila dia tidak menjawab panggilan dan mesej.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Disember 2017 @ 6:19 PM