Vanidah Imran. FOTO arkib NSTP
Vanidah Imran. FOTO arkib NSTP
Murni Wan Omar


PELAKON Vanidah Imran berjaya memperoleh RM265,000 selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, membenarkan tuntutan samannya untuk mendapat baki bayaran kontrak terhadap pengeluar kosmetik Ronasutra.

Hakim Roszianayati Ahmad membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan Vanidah atau dikenali sebagai Vee, 43, terhadap syarikat Miliyasutra Industries Sdn Bhd.

Mahkamah juga memerintah Miliyasutra Industries sebagai defendan membayar kos sebanyak RM10,950 terhadap Vanidah.

Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan Vanidah bagi mendapat ganti rugi RM500,000 untuk penggunaan imejnya, ganti rugi am, teladan dan teruk.

Pada Oktober tahun lalu, Vanidah memfailkan saman terhadap Miliyasutra Industries menuntut ganti rugi RM726,000 antaranya bayaran tunggakan dan penggunaan imejnya walaupun perjanjian antaranya dan syarikat itu sudah tamat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mei 2017 @ 3:27 PM