Keadaan dua bas kilang yang terbabit kemalangan hingga mengorbankan lapan nyawa awal pagi tadi.
Keadaan dua bas kilang yang terbabit kemalangan hingga mengorbankan lapan nyawa awal pagi tadi.
Shamsul Munir Safini


POLIS sedang memburu pemandu bas kilang yang merempuh bas rosak dalam kejadian kemalangan mengorbankan lapan pekerja kilang di Kilometer (KM) 147 Lebuh Raya Utara Selatan sebelum tol Juru arah utara di sini, 5.30 pagi ini.

Sumber berkata, pihak polis berusaha menjejaki pemandu bas kilang itu yang membawa 15 penumpang itu sejurus kemalangan maut berlaku.

“Lelaki warga tempatan itu dipercayai melarikan diri selepas menyedari bas dipandu merempuh bas rosak di hadapan,” katanya.

Katanya, pemandu bas rosak itu yangmembawa 26 pekerja kilang Sony warga Indonesia dan Nepal turut ditahan dan diambil keterangan.

Dalam kejadian nahas itu, lapan wanita membabitkan tujuh warga Indonesia dan seorang warga tempatan maut dalam kemalangan membabitkan dua bas kilang.

Berita berkaitan:

Hilang rakan karib sekelip mata

Berita berkaitan:

4 pekerja maut di lokasi, 30 cedera

Berita berkaitan:

Lapan pekerja kilang terbunuh

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2017 @ 10:53 AM