PEMANDU Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton meraih petak pertama perlumbaan, esok.
Ini selepas dia mendominasi sesi kelayakan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1), hari ini, dengan catatan masa terpantas 1 minit 30.076 saat.
Hamilton juga melakar rekod peribadi dengan meraih petak pertama buat kali ke-70 dalam kerjayanya.
Kimi Raikkonen dari Ferrari meraih petak kedua selepas mencatat 1:30.121s manakala Max Verstappen dari Red Bull Racing yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-20 hari ini menyambar petak ketiga (1:30.541s).
Rakan sepasukan Verstappen, Daniel Ricciardo meraih petak keempat sementara Vallteri Bottas (Mercedes AMG PETRONAS) slot kelima.
Perlumbaan 56 pusingan itu akan berlangsung kira-kira 3 petang esok.