Hamilton akan berlepas daripada petak utama pada GP Monaco. FOTO REUTERS
Hamilton akan berlepas daripada petak utama pada GP Monaco. FOTO REUTERS
AFP

LEWIS Hamilton meraih petak utama penuh dramatik Grand Prix Monaco selepas mencatat masa sepusingan terpantas pada saat akhir mengenepikan rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas dengan hanya 0.086 saat.

Juara dunia lima kali itu dan pendahulu kejuaraan merakam masa 1 minit 10.166s untuk menamatkan penguasaan tiga petak utama diraih Bottas.

Pasukan Mercedes yang masih berduka atas kematian pengerusi bukan eksekutif, Niki Lauda, mencatat kejayaan dua teratas petak utama kali ke-62.

Ia adalah petak utama kedua Hamilton di Monaco dan kali ke-84 kariernya tetapi dia terpaksa menunggu hingga saat akhir untuk mendapatkan kepantasan tambahan diperlukan mengenepikan rakan sepasukan.

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton ceria selepas meraih petak utama. FOTO REUTERS
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton ceria selepas meraih petak utama. FOTO REUTERS

“Whoooah!” jerit Hamilton menerusi radio pasukan. “Itulah apa yang saya perkatakan....”

Max Verstappen akan memulakan di tempat ketiga untuk Red Bull di depan pemandu Ferrari yang juga juara dunia empat kali, Sebastian Vettel dari Ferrari manakala pemandu kedua Red Bull, Pierre Gasly dan Kevin Magnussen (Haas) di tempat kelima dan keenam.

Pemenang tahun lalu, Daniel Ricciardo berada di tempat ketujuh untuk Renault di depan Daniel Kvyat (Toro Rosso), Carlos Sainz (McLaren) and Alex Albon (Toro Rosso).

“Ini adalah perlumbaan diimpikan setiap pemandu sejak zaman kanak-kanak,” kata Hamilton.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2019 @ 11:01 PM