PELUMBA pasukan Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton, ketika sesi kelayakan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2016 di Litar Antarabangsa Sepang. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
PELUMBA pasukan Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton, ketika sesi kelayakan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2016 di Litar Antarabangsa Sepang. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Saiful Affendy Sapran


Sepang: Pemandu Mercedes AMG PETRONAS Lewis Hamilton mencatat masa sepusingan terpantas 1 minit 32.850 saat pada sesi kelayakan saingan Formula Satu (F1) sebentar tadi sekali gus meraih petak pertama pada perlumbaan sebenar di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) esok.

Juara dunia tiga kali itu mempamer aksi konsisten bermula di sesi kelayakan pertama dan kedua apabila turut mencatat masa sepusingan terpantas sebelum mengesahkan petak pertama esok di sesi kelayakan terakhir.

Petak kedua menjadi milik rakan sepasukan Hamilton yang juga pendahulu keseluruhan pemandu, Nico Rosberg apabila mencatat 1:33.264s.

Pemandu Red Bull Max Verstappen ketiga dengan catatan 1:33.420s sementara rakan sepasukan Daniel Ricciardo keempat.

Perlumbaan sebenar F1 esok akan berlangsung jam 3 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2016 @ 7:05 PM