Suraya RoslanRabi 'Atul 'Adawiyah Ismail dan Norizuan Shamsuddin dan Asrizal Aris

"SAYA pernah berada di tempat saudara saudari yang kehilangan anak akibat kebakaran.

"Saya faham apa yang dilalui keluarga, hingga kita rasakan mahu terduduk, terlentang dan tercabut separuh badan untuk menghadapi ujian selepas kehilangan anak tersayang,” kata jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida yang air matanya tumpah ketika bertemu 21 waris keluarga pelajar terkorban dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, hari ini.

Vida yang bertemu kali pertama dengan setiap waris dalam suasana hiba apabila waris turut mengalirkan air mata menyampaikan sumbangan wang iaitu RM10,000 kepada ibu bapa kehilangan dua dan tiga anak manakala yang lain menerima RM3,000.

Katanya, pertemuan itu sebagai ikatan silaturrahim antara keluarga dan turut mengambil mereka sebagai keluarga angkat dan diharap hubungan itu berpanjangan selama-lamanya.

"Saya cukup memahami perasaan keluarga dan semoga anak-anak kita yang terkorban kini berada di syurga yang tertinggi dan turut mendoakan kita mendapat balasan yang sama," katanya yang turut menyampaikan sumbangan al-Quran dan Pamoga.

Vida turut memaklumkan, 18 pelajar tahfiz terselamat termasuk yang cedera akan dibawa menunaikan umrah sebelum 20 Oktober depan.

"Saya mahu anak ini mendoakan di depan kaabah supaya trauma mereka dapat dipulihkan serta melupakan pengalaman ngeri ini.

"Mereka juga akan diambil sebagai anak angkat saya bermula hari ini dan bebas datang ke rumah saya bila-bila masa," katanya.

Berita berkaitan :

Tragedi Tahfiz Ittifaqiyah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 September 2017 @ 10:52 PM
Vida berucap di depan 21 waris pelajar yang terkorban dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. FOTO  Saifullizan Tamadi
Vida berucap di depan 21 waris pelajar yang terkorban dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. FOTO Saifullizan Tamadi
Suasana pilu ketika pertemuan Vida dengan waris mangsa syahid akibat kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. FOTO  Saifullizan Tamadi
Suasana pilu ketika pertemuan Vida dengan waris mangsa syahid akibat kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. FOTO Saifullizan Tamadi