WAI Kin (kanan) Son Weng berpuas hati dengan pingat yang dimenangi.
WAI Kin (kanan) Son Weng berpuas hati dengan pingat yang dimenangi.
Fabian Peter dan Ferzalfie Fauzi & Syafiq Aznan


MALAYSIA membuka tirai hari kedua pertandingan wushu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan satu pingat emas disumbangkan Yeap Wai Kin dalam acara qiangshu lelaki di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebentar tadi.

Wai Kin mengutip 9.68 mata untuk pingat emas keduanya pada temasya kali ini selepas cemerlang meriah pingat emas acara jianshu lelaki, semalam.

Lebih manis, pingat perak turut dimenangi atlet negara, Wong Weng Son yang mencatat 9.65 mata sekali gus mengulangi pencapaian jianshu yang menamatkan saingan dengan kedudukan satu-dua, semalam.

Pingat gangsa menjadi milik atlet Indonesia, Muhammad Daffa Golden Boy dengan catatan 9.63 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2017 @ 11:09 AM