ANGGOTA polis menahan suspek. FOTO Ihsan pembaca
ANGGOTA polis menahan suspek. FOTO Ihsan pembaca
Siti Nadzirah Che Mud


Machang: Seorang wanita menempuh detik cemas apabila nyaris dirogol seorang lelaki ketika menggunakan tandas stesen minyak di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian 11.35 pagi itu, mangsa berusia 28 tahun bergelut dengan suspek berusia 20-an sebelum menyelamatkan diri selepas jeritannya didengari orang ramai.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Dzulkifli Abdul Ghani berkata, ketika kejadian tiada sesiapa di dalam tandas kecuali satu bilik yang berkunci.

Katanya, ketika mangsa menggunakan tandas itu dia melihat seorang lelaki memanjat dan memasuki tandasnya dalam keadaan separuh bogel.

“Mangsa yang panik menjerit meminta tolong dan turut menggigit suspek untuk menyelamatkan diri sebelum jeritannya didengari orang ramai yang berada di kawasan berdekatan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2017 @ 6:02 AM