FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Maiamalina Mohamed Amin


Machang: Seorang lelaki berusia 34 tahun maut digilis kereta api selepas duduk di tepi landasan dekat Kampung Chekok, Temangan, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 8.20 malam mengakibatkan mangsa alami kecederaan serius di seluruh badan dan putus pergelangan kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, mangsa disyaki penagih dadah dirempuh kereta api dari arah Gua Musang ke Tumpat.

"Mangsa diseret sejauh kira-kira 600 meter. Sebelum itu, terdapat saksi melihatnya duduk mencangkung di tepi landasan berkenaan," katanya

Mayat kemudian dibawa ke Hospital Machang, di sini, untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Jun 2016 @ 10:35 AM