AKSI skuad negara (jersi biru) menentang Australia di Brussels, semalam.
AKSI skuad negara (jersi biru) menentang Australia di Brussels, semalam.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Malaysia memang turun tanpa meletakkan sebarang sasaran, apatah lagi mencatatkan kemenangan ke atas gergasi dunia Australia.

Justeru, kekalahan 0-3 di tangan pasukan ranking keempat dunia itu pada perlawanan pertama Kumpulan B Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Brussels, Belgium semalam sudah cukup untuk untuk membuat pengendali Malaysian Tigress Muhammad Dhaarma Raj Abdulllah, tersenyum.

Apa tidaknya, keputusan itu yang terbaik pernah diperoleh skuad negara sepanjang bertemu Australia, sekali gus menepis tanggapan mereka akan menjadi mangsa belasahan.

“Melihat kepada perlawanan hari ini (semalam), saya rasa kami sudah mampu untuk bertemu pasukan hebat.

“Pemain tidak pernah mengenal erti putus asa, mencipta banyak peluang termasuk berjaya memperoleh empat pukulan sudut penalti, tapi kesemuanya gagal disudahkan dengan baik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Jun 2017 @ 4:24 AM