BAIK Syed mahupun Wani masing-masing jelaskan hubungan belum sampai tahap bercinta.
BAIK Syed mahupun Wani masing-masing jelaskan hubungan belum sampai tahap bercinta.
Sudirman Mohd Tahir


Sebelum ini penyanyi Syed Shamim sering dikaitkan bercinta dengan rakan duetnya, Tasha Manshahar.

Namun selepas Tasha mengambil keputusan fokus kepada bidang pendidikan sebagai guru, tempat Tasha ‘diambil’ penyanyi Wani yang juga artis naungan FMC Music.

Kekerapan mengadakan persembahan bersama membuatkan Syed atau nama sebenarnya Syed Shamim Syed Abdul Kadir, 24, semakin rapat dengan Wani yang juga peserta program Gema Gegar Vaganza (GGV) 2017.

Syed yang juga penyanyi lagu Ragu Ragu mengakui perkara itu malah menganggap Wani antara rakan wanita yang rapat dengannya kini.

“Selepas Tasha sibuk dengan kerjaya baru, syarikat rakaman banyak menggandingkan saya dengan Wani. Kebanyakan persembahan kami bersama. Mungkin disebabkan itu orang bercakap mengenai perkara ini dan mula beranggapan kami menjalin hubungan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Jun 2017 @ 3:37 AM