POCHETTINO (kanan) sanjung aksi cemerlang Kane bersama Spurs. FOTO Reuters
POCHETTINO (kanan) sanjung aksi cemerlang Kane bersama Spurs. FOTO Reuters
AFP

Leicester, United Kingdom: Mauricio Pochettino tegas mengatakan beliau tidak akan sesekali membenarkan Harry Kane untuk meninggalkan Tottenham terutama selepas pemain itu meledak empat gol ketika membelasah Leicester 6-1 semalam.

Kane muncul pilihan untuk menjulang anugerah penjaring terbanyak Liga Perdana buat kali kedua berturut-turut dan ia terhasil menerusi persembahan bertenaga yang dipamerkan di Stadium King Power.

Pemain antarabangsa England itu mengumpul 26 gol, lebih dua jaringan berbanding penggempur Everton Romelu Lukaku sambil berbaki satu perlawanan musim ini.

Pochettino percaya anak buahnya itu mempunyai ‘gerakan membunuh’ yang hebat dan dia mampu bergelar antara penggempur terbaik dunia ketika ini.

Beberapa kelab terkemuka Eropah dilaporkan sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan Kane, tetapi Pochettino tidak berhasrat untuk menjual penyerang itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2017 @ 4:32 AM