SHAKESPEARE (kanan) memeluk Vardy.
SHAKESPEARE (kanan) memeluk Vardy.
AFP

Leicester, England: Craig Shakespeare enggan mengesahkan kebangkitan Leicester sekalipun mengemudi pasukan itu ke kelompok 10 terbaik carta Liga Perdana.

Pasukan Shakespeare melonjak ke tangga ke-10 selepas menang 2-0 ke atas Sunderland awal pagi semalam sekali gus menekan bos Black Cats, David Moyes yang berada di ambang turun divisyen.

Kejayaan itu meneruskan rentak kemenangan Shakespeare pada permulaan kariernya sebagai pengurus Liga Perdana kepada lima perlawanan dan membantu Foxes sembilan mata berbanding tiga pasukan tercorot.

Namun Shakespeare, menggantikan Claudio Ranieri yang dipecat, enggan menerima hakikat tugas mengelak daripada terjerumus sudah dilengkapkan.

“Tidak, saya masih tidak mahu menyatakannya kerana saya tidak pasti jika pasukan lain boleh bertindak cemerlang,” katanya.

“Saya sudah berada lama dalam bola sepak untuk mengetahui apa saja boleh berlaku.

“Kami perlu memastikan kekal fokus dan menumpukan kepada perlawanan berikutnya.

“Kami perlu memastikan bersiap sedia bagi aksi Ahad ini di Everton kerana ia satu lagi ujian getir buat kami.

“Kami perlu memastikan bersedia bagi setiap perlawanan bola sepak.”

Penyerang Algeria, Islam Slimani (m-69) dan Jamie Vardy (m-78) memastikan kemenangan Foxes di Stadium King Power.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 April 2017 @ 7:49 AM