ELSA (kiri) dan Darmadi. FOTO detikNews
ELSA (kiri) dan Darmadi. FOTO detikNews
Detiknews

KEGEMBIRAAN hari pernikahan bertukar duka apabila pengantin perempuan meninggal dunia 30 minit sebelum majlis ijab kabulnya di Palembang, Sabtu lalu.

Akad nikah Elsa Putri Julianti, 20, kepada calon suaminya, Darmadi, 19, sepatutnya berlangsung pada 2 petang WIB (3 petang waktu Malaysia), Sabtu lalu dengan resepsi pada keesokan harinya.

Namun, pada kira-kira 12 tengah hari, Elsa mengadu dadanya sakit dan batuk-batuk ketika di bilik tidur ibu bapanya.

Beliau kemudian meminta dibawa masuk ke bilik pengantin yang sudah dihias.

Ayahnya, Dwi Syahrial, 47, berkata, ketika itu, anak kedua daripada empat beradik itu tetap mengadu sakit di dada.

"Dia belum bersolek pada saat itu. Belum pakai baju pengantin juga," katanya.

Susulan itu, keluarganya membawanya ke hospital untuk mendapat rawatan.

Bagaimanapun, Elsa sempat mendapat rawatan selama 15 minit sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 1.30 petang, kira-kira 30 minit sebelum akad nikahnya sepatutnya berlangsung.

Syahrial berkata, keluarganya dan juga keluarga pengantin lelaki tidak percaya Elsa meninggal dunia ketika diberitahu.

Suasana duka masih dirasai di rumahnya di Jalan Sako Pancasila Kelurahan Sako Baru ketika lawatan wartawan detikNews, malam tadi.

Hiasan pernikahan juga belum diawa turun serta gambar pra-pernikhana Elsa dan Darmadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mei 2017 @ 2:23 PM