GERRARD pengurus Rangers. FOTO AFP
GERRARD pengurus Rangers. FOTO AFP
AFP

Glasgow: Rangers semakin hampir menjuarai Liga Perdana Scotland selepas menewaskan St Johnstone 1-0 awal pagi tadi sekaligus memberikan kemenangan ke-100 buat Steven Gerrard sebagai pengurus Ibrox.

Jaringan pemain tengah Romania, Ianis Hagi pada babak kedua melonjakkan Rangers 23 mata di depan pencabar di tangga kedua Celtic dan membolehkan bekas bintang Liverpool, Gerrard meraih kemenangan ke-100 daripada 152 perlawanan sejak kali pertama menjadi pengurus kelab Glasgow itu.

Tinggal enam perlawanan lagi untuk Gerrard membawa Rangers mengesahkan gelaran liga kali pertama dalam tempoh sedekad dan mengkhiri dominasi Celtic yang mahu menjuarainya buat kali ke-10 berturut-turut.

Motherwell pula meraih kemenangan kedua berturut-turut apabila mengatasi Dundee United 2-1 selepas kemarau kemenangan selama tiga bulan.

Devante Cole dan Christopher Long meledak jaringan pada babak pertama tetapi United membalas satu gol menerusi Ryan Edwards manakala Ross County bangkit sebelum menewaskan kelab bawahan, Hamilton 2-1.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2021 @ 10:38 AM