Ketua jurulatih Glasgow Rangers, Steven Gerrard memberi arahan kepada pemainnya. FOTO File AFP
Ketua jurulatih Glasgow Rangers, Steven Gerrard memberi arahan kepada pemainnya. FOTO File AFP
AFP

Glasgow: Kejuaraan pertama Liga Perdana Scotland buat Rangers dalam tempoh 10 tahun disahkan hari ini selepas Celtic seri 0-0 di Dundee United sekali gus meninggalkan seteru Glasgow mereka 20 mata di belakang dengan berbaki enam perlawanan.

Skuad kendalian Steven Gerrard mempamerkan aksi mengagumkan dalam perlawanan untuk menafikan penguasaan Celtic mencipta rekod sembilan kejuaraan Liga Scotland.

Rangers yang tidak beraksi dalam liga utama bagi empat daripada musim terbabit selepas kelab itu diturunkan ke liga divisyen empat apabila gagal bersaing pada 2012 kerana masalah kewangan.

"Kelab pernah berada pada zaman kejatuhan dan kembali bangkit sejak 10 tahun lalu," kata Gerard selepas kemenangan 3-0 ke atas St Mirren, hari ini untuk meletakkan Rangers hampir menjulang trofi utama buat pertama kali sejak 2011.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mac 2021 @ 11:14 PM