RONALDO melepasi kawalan pemain Cagliari, semalam. FOTO AFP
RONALDO melepasi kawalan pemain Cagliari, semalam. FOTO AFP
Agensi

Madrid: Cristiano Ronaldo dijangka kekal di Juventus, menurut Pengarah Sukan kelab, Fabio Paratici yang mengesahkan hasrat bintang Portugal itu dan kelab menghormati kontrak sehingga musim panas 2022.

''Saya boleh yakinkan anda masa depan Cristiano adalah di Juventus. Jelas, berita mengenai minat ditunjukkan banyak kelab terbit setiap hari tetapi kami tidak menghiraukannya.''

Juve menewaskan Cagliari 2-0 di Turin dengan Ronaldo menjaringkan kedua-dua gol. Dia telah pun meledak lapan gol dalam enam perlawanan musim ini dan menjaringkan 37 gol dalam 46 perlawanan bersama juara Itali itu musim lalu.

Paratici turut bercakap mengenai Paulo Dybala yang mengidap jangkitan kuman yang menyisihkannya daripada misi Argentina ketika rehat antarabangsa.

''Dia pemain hebat. Dia dijangkiti virus sebelum menentang Lazio tetapi dia kini semakin baik dan mula kembali berlatih.''

Spekulasi sejak beberapa minggu lalu mengaitkan Ronaldo dengan kelab lamanya Real Madrid dan perpindahan berpotensi ke Sepanyol tetapi Paratici tidak mempedulikan itu semua. Bintang Portugal itu menjaringkan 450 gol dalam 438 perlawanan bersama Los Blancos. Dia menjulang dua gelaran La Liga, dua Copa del Rey, dua Piala Super Sepanyol, empat trofi Liga Juara-Juara, dua piala Super Erropah dan tiga Piala Kelab Dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 6:04 PM