Nor Syazwani ketika  melakukan kerja di tempat pengumpulan buah kelapa sawit milik datuknya di Felda Pasoh 4, baru-baru ini. FOTO BERNAMA

Nor Syazwani (kiri) melakukan kerja mengalihkan pelepah kelapa sawit ke tempat disediakan ketika menuai hasil buah sawit bersama bapa saudaranya di Felda Pasoh 4, baru-baru ini. FOTO BERNAMA

Pemandangan udara ladang kelapa sawit dituai oleh Nor Syazwani bersama sepupu dan bapa saudaranya. FOTO BERNAMA

Nor Syazwani memikul kelapa sawit dengan anggaran seberat lebih 25 kilogram untuk dibawa ke tempat pengumpulan sebelum dibawa naik kedalam lori untuk dihantar ke kilang pemprosesan berhampiran di Felda Pasoh 4, baru-baru ini. FOTO BERNAMA

Nor Syazwani (kiri) menikmati makanan ringan ketika berehat seketika selepas bekerja di ladang kelapa sawit. FOTO BERNAMA

Nor Syazwani memasukkan buah kelapa sawit ke dalam lori sebelum dibawa ke kilang pemprosesan berhampiran ladang milik datuknya. FOTO BERNAMA

Nor Syazwani melakukan kerja memikul sebuah kelapa sawit dengan anggaran seberat lebih 25 kilogram dengan teknik yang dipelajari dari bapa saudara dan datuknya. FOTO BERNAMA

FOTO Bernama

IBARAT perumpamaan 'alah bisa tegal biasa' sesuai digambarkan dengan personaliti Nor Syazwani Nor Azman berusia 20 tahun yang mengerah kudrat empat kerat demi mencari pendapatan sendiri dengan mengambil upah di ladang kelapa sawit milik keluarganya dan penduduk Felda Pasoh 4, Jelebu, Negeri Sembilan.

Gadis genit yang memiliki berat badan 40 kilogram (kg) itu membuktikan keupayaannya dalam menyusun, memunggah dan mengangkat pelepah serta tandan buah kelapa sawit sejak berumur 15 tahun lagi.

Meskipun anak kedua daripada sembilan beradik itu tidak dapat menyambung persekolahan atas sebab tertentu, Nor Syazwani cekal mahu membantu keluarga dengan kebolehan dirinya melakukan kerja di ladang kelapa sawit itu.

Tidak seperti gadis yang lain, Nor Syazwani keluar rumah seawal lapan pagi untuk melakukan kerja mengangkat serta meletakkan tandan buah sawit dianggarkan sekitar 15 hingga 30 kg di tempat disediakan.

Sebagai cucu peneroka, Nor Syazwani juga mampu mengangkat tandan buah sawit sekitar lima hingga ke enam tan sehari dibantu oleh sepupu dan bapa saudaranya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Julai 2021 @ 11:55 PM