Suliati Asri


Dalam kitaran pertumbuhan yang normal, rambut akan tumbuh sebanyak satu sentimeter (cm) setiap bulan dan tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan kepada tiga fasa iaitu pertumbuhan (Anagen), segenerasi separa (Catagen) dan rehat (Telogen).

Proses ini berterusan dan adalah normal bagi seseorang untuk mengalami keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai sehari.

Justeru, kebanyakan lelaki beranggapan keguguran rambut adalah gejala semula jadi penuaan.

Namun hakikatnya, keguguran rambut atau kebotakan mengikut corak lelaki juga dipengaruhi pelbagai faktor antaranya keturunan.

Keadaan ini boleh berlaku seawal umur 20-an dan rambut mula botak di bahagian anak rambut bahagian hadapan dan atas kepala.

Selain itu, masalah keguguran rambut dalam kalangan lelaki juga boleh terjadi disebabkan oleh tekanan dan tabiat pemakanan.

Menurut satu kajian yang dijalankan, pengambilan terlalu banyak gula juga boleh menyebabkan masalah kegururan rambut.

Secara khusus, 20.5 peratus lelaki Hong Kong mengambil dua atau lebih minuman manis sekali gus meletakkan mereka kepada risiko keguguran rambut yang lebih tinggi.

Antara tanda-tanda awal kehilangan atau keguguran rambut bagi lelaki adalah garis rambut yang surut, pembentukan tonsure, iaitu kawasan tanpa rambut yang lebih besar di tengah kepala dan botak hanya di bahagian bawa belakang kepala.

Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini, pastinya mereka akan berasa bimbang dan akan berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi kerana rambut adalah mahkota mereka.

Mempunyai lebih 15 tahun penyelidikan dengan 14 jurnal yang diterbitkan mengenai kafein dan kehilangan rambut, produk penjagaan rambut Alpecin adalah penyelesaian berkesan bagi menghalang kehilangan rambut.

Kafein Alpecin boleh menembusi folikel rambut kerana Alpecin mempunyai formulasi galenik yang dapat mengenkapsulasi dengan efektif dan menghantar kafein terus ke akar rambut.

Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan, formulasi kafein daripada Alpecin juga boleh meresap melalui kulit kepala dan akar rambut selama lebih 24 jam.

Bukan itu saja, kompleks kafein dalam syampu kafein Alpecin termasuk zink dan niasin bukan saja membantu mencegah dan mengurangkan keguguran rambut serta menguatkan akar rambut tetapi juga dapat mengekalkan aktiviti folikel rambut sekali gus memanjangkan kitaran pertumbuhan rambut.

Bagi mendapatkan hasil terbaik, penggunaan Alpecin Caffeine Shampoo dan Alpecin Caffeine Liquid dapat menyelesaikan masalah kebotakan.

Cara menggunakannya cukup mudah. Hanya basuh rambut setiap hari menggunakan Alpecin Caffeine Shampoo dan biarkan pada kulit kepala selama dua minit, kemudian bilas.

Kemudian, gunakan dengan Alpecin Caffeine Liquid, formula tanpa bilas yang boleh digunakan selepas mandi untuk membantu meningkatkan pertumbuhan rambut.

Pengguna disyorkan untuk menggunakan kedua-dua produk ini setiap hari untuk pakej yang paling berkesan mencegah dan mengurangkan keguguran rambut.

Alpecin Caffeine Shampoo dan Alpecin Caffeine Liquid ini boleh didapati di Watson's, Guardian, Caring dan AEON terpilih pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM35.90 dan RM49.50.

Kedua produk ini juga boleh dibeli secara dalam talian di Shopee dan Lazada. Untuk maklumat lanjut, lawati www.alpecin.com

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Disember 2023 @ 6:30 AM