Oleh Suliati Asri

Rambut sangat penting bagi lelaki kerana dengan rambut yang sihat, ia dapat menonjolkan personaliti dan mempengaruhi imej mereka. 

Namun, lelaki juga tidak terlepas daripada masalah keguguran rambut serta berisiko lebih tinggi mengalami kehilangan rambut sekali gus mengakibatkan botak.

Kitaran pertumbuhan rambut dibahagikan kepada tiga fasa. Pertama adalah fasa aktif (anagen) iaitu rambut dihasilkan. 

Proses ini boleh mengambil masa antara dua hingga enam tahun. Kemudian fasa peralihan (catagen) yang mengambil masa beberapa minggu. 

Dalam tempoh ini, folikel akan longgar dan jatuh seterusnya folikel akan menjana semula dalam fasa rehat (telogen).

Fasa ini boleh mengambil masa antara dua dan enam bulan. Kemudian proses ini bermula semula dan akar rambut menghasilkan rambut baru. 

Namun, kitaran ini tidak berterusan selamanya kerana rambut menjana semula kira-kira 14 kali sebelum akar rambut mati sepenuhnya. 

Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang bukan saja boleh memendekkan kitaran pertumbuhan tetapi menjadi punca keguguran rambut yang serius dalam kalangan lelaki. Salah satu daripadanya adalah tekanan. 

Dalam sesuatu keadaan, apabila tertekan badan boleh bertindak balas dengan melepaskan hormon tekanan yang dapat membantu mengurangkan rasa lapar dan mengalihkan tenaga untuk membantu seseorang melakukan sesuatu pekerjaan atau aktiviti dengan lebih baik. 

Keadaan itu baik, namun jika berterusan ia boleh memberi kesan buruk kerana badan akan kurang proses pemulihan semula jadi sekali gus menjejaskan pertumbuhan semula rambut. 

Oleh itu, jika anda mengalami tekanan dan terdapat garis rambut menyusut atau kelihatan tompok botak di bahagian atas kepala, langkah awal perlu diambil kerana ia antara tanda kehilangan rambut bagi lelaki.

Lazimnya ia akan membabitkan kulit kepala di bahagian tengah, termasuk bahagian midfrontal, temporal, dan atas kepala (crown). 

Mempunyai lebih 15 tahun penyelidikan dengan 14 jurnal yang diterbitkan mengenai kafein dan kehilangan rambut, produk penjagaan rambut Alpecin adalah penyelesaian berkesan untuk menghalang kehilangan rambut.   

Berdasarkan hasil penyelidikan yang dijalankan, dengan formulasi kafein galenik ini, Alpecin berkesan menembusi folikel rambut selama lebih dari 24 jam. 

Bukan itu saja, kompleks kafein yang terdapat dalam dalam syampu ini juga mampu mengekalkan aktiviti folikel rambut dan memanjangkan fasa pertumbuhan rambut.

Kandungan Zink dan Niasin yang terdapat di dalam Alpecin Caffeine Shampoo dapat mencegah serta mengurangkan kehilangan rambut, menguatkan pertumbuhan rambut dan menjadikan akar rambut sihat. 

Untuk menggunakannya mudah. Hanya basuh rambut setiap hari menggunakan Alpecin Caffeine Shampoo dan biarkan pada kulit kepala selama dua minit, kemudian bilas.

Cuci rambut setiap hari dengan Alpecin Caffeine Shampoo. Biarkan pada kulit kepala selama 2 minit, kemudian bilas.

Untuk mendapatkan hasil terbaik, gunakan dengan Alpecin Caffeine Liquid, formula tanpa bilas yang boleh digunakan selepas mandi untuk membantu meningkatkan pertumbuhan rambut.

Cara penggunaan: Selepas mandi, sapukan Alpecin Caffeine Liquid terus pada kulit kepala dan urut dengan lembut. Jangan bilas.

Alpecin Caffeine Shampoo dan Alpecin Caffeine Liquid ini boleh didapati di Shopee dan Lazada serta Watson's, Guardian, Caring dan AEON terpilih pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM35.90 dan RM49.50.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.alpecin.com

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2023 @ 6:49 PM