CHIN (kiri), Ahli Lembaga Pengarah dan Penasihat Perubatan Kumpulan KPJ Healthcare Prof Datuk Dr Azizi Omar (dua dari kiri), Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim (tiga dari kiri), Norazman (empat dari kiri) dan Ahli Lembaga Pengarah KPJ Healthcare Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid  bersama rakan usaha sama VSI Holomedicine® yang didayakan 5G.
CHIN (kiri), Ahli Lembaga Pengarah dan Penasihat Perubatan Kumpulan KPJ Healthcare Prof Datuk Dr Azizi Omar (dua dari kiri), Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim (tiga dari kiri), Norazman (empat dari kiri) dan Ahli Lembaga Pengarah KPJ Healthcare Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid bersama rakan usaha sama VSI Holomedicine® yang didayakan 5G.
Hartini Mohd Nawi


KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare atau Kumpulan), salah satu penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta tempatan terkemuka di Malaysia memulakan acara tahunan terbesarnya, Persidangan KPJ Healthcare Kali Ke-24 dengan menghimpunkan pakar industri dalam sektor penjagaan kesihatan tempatan dan antarabangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.

Bertemakan Transformasi Penjagaan Kesihatan: Mengimaginasi Semula dan Mentakrif Semula, persidangan itu tertumpu pada evolusi dan penyepaduan teknologi baharu dalam penjagaan kesihatan seperti Kecerdasan Buatan (AI), automasi, robotik dan 'precision medicine.'

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan berkata, sejak 2001 acara tahunan itu terus menarik perhatian profesional penjagaan kesihatan dan pakar industri dari seluruh dunia yang berkongsi misi sama dalam industri yang kian berkembang pesat ini.

"Sebagai peneraju dalam sektor penjagaan kesihatan swasta, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk terus memacu transformasi ini dengan menyesuaikan diri, berinovasi dan menyediakan penjagaan kesihatan bermutu tertinggi," katanya.

Antara barisan pembicara terhormat sepanjang persidangan dua hari itu termasuk Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim; Profesor Psikiatri Kolej Perubatan Mayo Clinic Profesor Dr Louis E. Krahn; Naib Ketua Pegawai Maklumat Perubatan Pusat Perubatan Samsung Profesor Dr Meong-Hi Son; Profesor Universiti California Los Angeles (UCLA) Profesor Dr Maie St. John dan Canselor Universiti KPJ Healthcare Profesor Emerita Tan Sri Seri Dr Sharifah Hapsah.

NORAZMAN (tengah) merasmikan Persidangan KPJ Healthcare Kali Ke-24, diiringi Syed Mohamed dan Chin.
NORAZMAN (tengah) merasmikan Persidangan KPJ Healthcare Kali Ke-24, diiringi Syed Mohamed dan Chin.

Selain itu, pakar perubatan dari Hospital Pakar KPJ yang mendalami bidang inovasi dan penggunaan teknologi dalam landskap penjagaan kesihatan.

Persidangan KPJ Healthcare dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)) Datuk Seri Norazman Ayob.

Mengulas bagi pihak Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, katanya, tujuan utama transformasi penjagaan kesihatan adalah untuk meningkatkan keberkesanan hasil penjagaan kesihatan dan mencapai hasil klinikal yang lebih baik tanpa menjejaskan keselamatan pesakit atau kualiti penyampaian perkhidmatan, dengan menggunakan sumber terbaik yang ada.

"Ini antara pendekatan yang pada asasnya menyasarkan populasi secara keseluruhan, meliputi semua spektrum penjagaan kesihatan sepanjang hayat.

"Saya berbangga dengan KPJ kerana mengambil langkah berani dalam melakarkan perjalanan transformasi mereka sendiri," katanya.

Persidangan itu juga menyaksikan pengenalan usaha perintis Malaysia ke dalam bidang VSI Holomedicine® yang didayakan 5G iaitu antara pencapaian hasil kerjasama KPJ Healthcare dan apoQlar.

Kerjasama ini turut disokong Digital Nasional Berhad (DNB), Microsoft, TM One dan National University Health System (NUHS).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 November 2023 @ 6:43 AM